Enak KL: Resipi Masakan Kampung

Enak Exterior | Enak KL | Food For Thought

Di sudut eksklusif Starhill Gallery di Jalan Bukit Bintang terletak sebuah restoran tradisional Melayu yang terharum namanya… Enak Kuala Lumpur. Seperti namanya, restoran ini menghidangkan masakan lazat dengan tujuan untuk meningkatkan pengalaman hidangan tradisional Melayu; sesuatu yang tidak biasa dicapai di Malaysia. Kebanyakan resipi masakan sini adalah resipi turun-menurun sebanyak 3 generasi daripada keluarga yang berasalkan dari Muar, Johor;  kawasan masakan Johor yang paling enak.

Kerja-kerja kayu dan ukiran-ukiran buluh di Enak akan melangkah anda kembali ke masa silam yang membangkitkan suasana nostalgia. Seperti berada dalam  percutian jauh dari hiruk-pikuk bandar raya, restoran ini juga menimbulkan perasaan keamanan yang biasanya tidak tercapai oleh restoran-restoran biasa.

Enak Interior | Enak KL | Food For Thought

Enak dimiliki oleh Sherena Razaly, di mana resipi-resipinya ini telah diturunkan dari generasi ke generasi, kebanyakan daripada keluarganya sendiri. Bahan-bahan yang digunakan diperolehi dari keseluruhan negara, oleh itu Enak menggunakan satu mantera, jika mereka tidak boleh mendapatkan rempah-ratus yang betul atau diperlukan, mereka mengeluarkan hidangan tersebut dari menu mereka. Ini memastikan kualiti hidangan yang disampaikan adalah bermutu tinggi pada setiap masa. Apabila ditanya apa hidangan kegemarannya, Razali menyatakan: –

“Hidangan kegemaran saya dalam menu ini adalah dendeng. Resipi ini telah diturunkan oleh ibu saya di mana ibu saya sangat spesifik dengan cara ia perlu dimasak. Kami mahu memberikan tetamu kami pengalaman yang terbaik, oleh itu, kami hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti baik. Daging yang digunakan untuk memasak dendeng itu adalah daging striploin New Zealand, ini memastikan untuk memberi pengalaman yang terbaik. ” — Sherena Razali, Pemilik Enak KL.

Resipi Masakan Kampung

Makanan Melayu biasanya tidak dihidangkan secara satu per satu, tetapi semua sama sekali. Suatu kebiasaan adalah untuk semua hidangan untuk disampaikan pada masa yang sama, biasanya diiringi dengan nasi. Kebanyakan hidangan masakan Melayu terdiri daripada ayam, daging lembu dan pelbagai jenis sayur-sayuran. Ia juga adalah suatu kebiasaan untuk kari dihidangkan dengan nasi. Oleh kerana masakan Melayu biasanya dimasak oleh orang Islam, ia dijamin halal.

Keropok Empingan | Emping | Eank KL | Food For Thought

Hidangan pertama, suatu pembuka selera, adalah Keropok Empingan. Empingan, atau Emping, adalah makanan ringan tradisional Indonesia yang dibuat daripada kacang emping. Empingan mempuyai perisa yang pahit sedikit dan biasanya dicicah bersama sambal. Keropok empingan ini sangat unik kerana ia tidak di campur tepung gandum. Kacang emping yang telah dikeringkan akan ditumbuk dan digiling sampai rata untuk memberikan bentuk yang ikonik. Menggoreng keropok empingan juga memerlukan prihatin yang tinggi, terutamanya dalam kawalan suhu minyak yang perlu sentiasa tinggi bagi memastikan empingan di goreng ranggup dan tidak terlalu berminyak. Empingan di Enak di import khusus dari Indonesia bagi memastikan bahawa hidangan yang bersahaja menjadi istimewa.

Enak KL Appetiser Tasting Menu | Enak KL | Food For Thought

Hidangan kedua, suatu pembuka selera, adalah Enak KL Appetiser Menu, yang terdiri daripada hidangan istimewa Cumi-Cumi Goreng, sotong goreng diperap kunyit, Udang Bakar Serai, udang serai panggang dengan salsa mangga, dan Perkedil, yang di buat daripada kentang, daging cincang dan rempah tradisional. Hidangan ini mempunyai tekstur dan rasa manis, masin dan masam. Sotong juga kental dan rangup dan udang juga telah diperap dengan baik.

Sambal | Enak KL | Food For Thought

Seperti mana terdapat di negara-negara Asia, nasi juga dihidangkan, berserta pilihan sambal yang berbeza, iaitu sambal lado (sambal hijau), sambal terasi (sambal belacan) dan sambal merah.

Pucuk Paku Cendawan Sisik | Enak KL | Food For Thought

Hidangan ketiga adalah Pucuk Paku Cendawan Sisik. Hidangan ini dimasak menggunakan cendawan sisik dan pucuk paku yang hanya diperisa dengan bawang putih dan bawang. Di sebabkan pucuk paku segar sukar didapati, hidangan ini hanya disajikan jika keteresediaan. Perisa pedas dan ranggup hidangan ini menjadi kegemaran ramai. Enak hanya akan menyediakan hidangan ini dengan menggunakan pucuk paku muda, di mana sesetengah restoran akan menggunakan pucuk paku tua, yang biasanya terlalu keras.

Kerabu Ikan Pari Daging Goreng Dendeng | Enak KL | Food For Thought

Hidangan keempat, adalah Kerabu Ikan Pari di mana ikan pari bakar di cincang halus bersama pelbagai sayur-sayuran dan di gaul dengan sos ikan istimewa untuk  memberikan rasa masam-masam manis. Sememangnya hidangan yang ringan dan enak.

Sotong Sumbat Kelapa Muda | Enak KL | Food For Thought

Hidangan kelima, adalah Sotong Sumbat Kelapa Muda iaitu sotong yang di perap dengan sos campuran santan kasar, bahan utama yang sering digunakan di dalam masakan utara. Sotong yang telah di perap kemudiannya di sumbat dengan kelapa parut muda dan di panggang atas api untuk memberikan rasa umami yang secukupnya. Hidangan ini sememangnya halus dalam segi rasa dan teksturnya.

Botok Botok | Enak KL | Food For Thought

Hidangan keenam, suatu hidangan makanan laut, adalah Botok Botok. Hidangan ini adalah hidangan ikan tenggiri yang unik dari warisan orang Johor berketurunan Jawa. Ia dikukus dengan rempah ratus dan 9 jenis ulam-ulaman termasuk daun kesum, pucuk ubi kayu dan daun kadok dalam bungkusan daun pisang. Hidangan ini sesuai untuk mereka yang mengutamakan kesihatan badan dan tetap mahu menikmati hidangan yang kaya berperisa.

Daging Goreng Dendeng | Enak KL | Food For Thought

Hidangan ketujuh, suatu hidangan daging, adalah Daging Goreng Dendeng. Hidangan asal Minangkabau ini diperap dengan gula dan rempah, kemudian ia di goreng dengan pelbagai rempah-ratus. Daging lembu striploin gred tinggi digunakan untuk memastikan bahawa hidangan yang sangat tradisional ini dinaikkan ke tahap yang baru, di mana nisbah daging kepada lemak menjamin bahawa daging ini tidak terlalu kering berbanding daging salai. Dagingnya lembut dan harum bersama rasa manis dan pedas yang sungguh melazatkan. Hidangan ini adalah hidangan kegemaran kami dalam menu ini dan amat digalakkan untuk mencuba.

Ketayap Mangga | Enak KL | Food For Thought

Hidangan kelapan, suatu pencuci mulut, adalah Ketayap Mangga. Hirisan nipis mangga manis dibalut dengan ketayap berperisa pandan bersama gula Melaka dan santan, harus dipesan untuk sesiapa yang suka manisan yang masam manis.

Manisan Kelapa Muda Enak | Enak KL | Food For Thought

Hidangan kesembilan, suatu pencuci mulut, adalah Manisan Kelapa Muda Enak. Kelapa muda dalam kastard baldu dengan kemanisan dari kelapa muda disaluti meringue. Hidangan ini mempunyai keseimbangan yang tepat dari segi kemanisan dan sedikit rasa masam dari kelapa muda yang tidak dijangka. Ini adalah salah satu hidangan kegemaran kami dalam menu, salah satu pencuci mulut terbaik yang kami pernah mencuba.

Enak Kuala Lumpur | Enak KL | Food For Thought

Pengalaman di Enak KL

Sebenarnya, hampir tiada mana-mana restoran Melayu mewah di Kuala Lumpur, dan walaupun Enak tidak berbangga menjadi satu, mereka telah menawarkan suatu pengalaman yang terbaik dengan masakan tradisional Melayu mereka. Daripada masakan Melayu serantau yang berbeza, Enak mestilah tempat untuk anda mencuba sedikit segala-galanya, tanpa apa-apa kompromi kualiti. Sila lihat Menu Enak KL untuk hidangan yang terbaru. Bila ditanya bagaimana mereka mengekalkan tahap mereka untuk menyampaikan hidangan mereka, Razaly berkata: –

“Ibu saya adalah seorang wanita yang sangat tegas dengan mengekalkan tradisi masakan kami. Dia seorang tukang masak yang hebat dan saya benar-benar mahu menyimpan resipi beliau. Dalam budaya Melayu, apabila seseorang itu pandai memasak kita katakan mereka mempunyai air tangan baik. Kami mahu mengekalkan budaya kita dengan cara yang terbaik yang kami tahu, dan makanan bertutur kepada semua orang. “

Jika anda sedang mencari tempat untuk pengalaman makanan yang berbeza dan hendak menikmati menu masakan kampung Melayu yang terbaik, datanglah ke sini.

Untuk ulasan ini dalam Bahasa Inggeris, sila lihat Enak KL Review.


Enak KL
LG2, Feast Floor,
Starhill Gallery,
181 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
+603 2141 8973
Waktu Operasi:
12:00 pm to 12.00 am

| FOTOGRAFI OLEH: LILA BAKAR | DIEDIT OLEH: LILA BAKAR | LAMAN WEB: ENAK KL |


Nicholas Ng

Nicholas Ng is a restaurant critic and drinks writer and is the editor of independent publication Food For Thought. He has been a freelance journalist for the 15 years and has previously worked as a lawyer and in digital marketing. He currently is the Principal Consultant of A Thought Full Consultancy, a food and beverage marketing consultancy.